PENGENALAN

FRIT menawarkan program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan Dengan Kepujian (Reka Bentuk Produk) selaras dengan kehendak pasaran yang memerlukan tenaga ataupun pakar dalam bidang Teknologi Kejuruteraan Pembuatan untuk memenuhi keperluan sektor awam dan swasta.

Pelajar-pelajar yang telah mendaftar untuk mengikuti program ini diwajibkan mengambil sebanyak 140 jam kredit sepanjang pengajian sepenuh masa selama tiga (3) setengah tahun (7 semester). Pelajar diwajibkan untuk mengikuti latihan industri (LI) di akhir semester (semester khas) sebagai pendedahan awal untuk memasuki sektor pekerjaan. Kaedah pengajaran dan pembelajaran adalah merangkumi perkuliahan, bengkel, kerja kursus dan juga peperiksaan. Para pelajar akan dinilai secara menyeluruh melalui kesemua element tersebut. Sebahagian daripada mata pelajaran akan dinilai secara berterusan bermula dari awal semester sehingga ke penilaian akhir semester. Pada semester akhir, para pelajar dikehendaki menyediakan dan menyiapkan satu projek akhir (FYP) yang menggabungkan semua element yang telah mereka pelajari.

OBJEKTIF PROGRAM PENGAJIAN

1. Menyediakan dan meningkatkan tenaga kerja professional serta mempunyai pengetahuan serta kemahiran secara teori dan amali di dalam bidang teknologi.

2. Mengeluarkan dan menambah graduan yang kreatif dan inovatif yang berupaya mengoptimumkan penggunaan teknologi di dalam pembuatan produk, ciptaan dan inovasi untuk memenuhi keperluan negara.

3. Mengeluarkan graduan yang mempunyai tahap profesionalisma yang tinggi, beretika dan bertanggungjawab serta mampu menyumbang kepada masyarakat.

4. Memupuk graduan yang mempunyai kemahiran komunikasi, kepimpinan dan keusahawanan.