• Utama
  • Prasiswazah
  • Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan dengan Kepujian (Reka Bentuk Produk) (MQA/FA 3118)
  • Pengenalan

PENGENALAN

FRIT menawarkan program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan Dengan Kepujian (Reka Bentuk Produk) selaras dengan kehendak pasaran yang memerlukan tenaga ataupun pakar dalam bidang Teknologi Kejuruteraan Pembuatan untuk memenuhi keperluan sektor awam dan swasta.

Pelajar-pelajar yang telah mendaftar untuk mengikuti program ini diwajibkan mengambil sebanyak 140 jam kredit sepanjang pengajian sepenuh masa selama tiga (3) setengah tahun (7 semester). Pelajar diwajibkan untuk mengikuti latihan industri (LI) di akhir semester (semester khas) sebagai pendedahan awal untuk memasuki sektor pekerjaan. Bermula pengambilan Semester I 2022/2023 tempoh pengajian bagi program ini adalah empat (4) tahun. Kaedah pengajaran dan pembelajaran adalah merangkumi perkuliahan, bengkel, kerja kursus dan juga peperiksaan. Para pelajar akan dinilai secara menyeluruh melalui kesemua element tersebut. Sebahagian daripada mata pelajaran akan dinilai secara berterusan bermula dari awal semester sehingga ke penilaian akhir semester. Pada semester akhir, para pelajar dikehendaki menyediakan dan menyiapkan satu projek akhir (FYP) yang menggabungkan semua element yang telah mereka pelajari.