Latar Belakang

Pengenalan Fakulti

Fakulti Reka Bentuk Inovatif dan Teknologi (FRIT) ini telah diperakukan penubuhannya dalam mesyuarat Jawatankuasa Pendidikan Tinggi Kementerian Pengajian Tinggi Bilangan 1/2007 pada 29 Januari 2007. Fakulti ini mengguna pakai bangunan dan kemudahan yang sedia ada di kampus Gong Badak yang dahulunya di kenali sebagai Sekolah Kejuruteraan.

Fakulti ini mempunyai beberapa blok bangunan yang merangkumi pejabat pentadbiran fakulti dan blok akademik yang dilengkapi dengan berbagai jenis mesin dan peralatan untuk proses pembelajaran dan pengajaran yang berkesan. Yang terbaharu sebuah bengkel reka bentuk telah siap dibina bagi menyediakan kemudahan fabrikasi dan prototaip untuk meningkatkan lagi mutu hasil kerja pelajar.

Fakulti mempunyai kemudahan asas bagi menjalankan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. Kemudahan di Fakulti adalah seperti berikut:

  1. Bilik Kuliah/Tutorial
  2. Bengkel Reka Bentuk
    • Ruang Kerja Kayu
    • Ruang Fabrikasi Logam
    • Ruang Kerja Plastik
    • Ruang Kemasiapan
    • Ruang Kerja Tangan
  3. Studio Reka Bentuk
  4. Bengkel Teknologi Pembuatan
    • Bengkel Fabrikasi
    • Bengkel Pemesinan Am
  5. Makmal CNC
  6. Makmal Metrologi
  7. Makmal Uji Bahan
  8. Makmal Kawalan Industri
  9. Makmal Elektronik
  10. Makmal CAD
  11. Makmal CAD/CAM
  12. Makmal Pengaturcaraan Komputer
  13. Bilik Lukisan
  14. Studio Fotografi
  15. Galeri