• Profil
  • Latar Belakang

Latar Belakang

Pengenalan Fakulti

Fakulti Reka Bentuk Inovatif dan Teknologi (FRIT) ini telah diperakukan penubuhannya dalam mesyuarat Jawatankuasa Pendidikan Tinggi Kementerian Pengajian Tinggi Bilangan 1/2007 pada 29 Januari 2007. Fakulti ini mengguna pakai bangunan dan kemudahan yang sedia ada di kampus Gong Badak yang dahulunya di kenali sebagai Sekolah Kejuruteraan.

Fakulti ini mempunyai beberapa blok bangunan yang merangkumi pejabat pentadbiran fakulti dan blok akademik yang dilengkapi dengan berbagai jenis mesin dan peralatan yang untuk proses pembelajaran dan pengajaran yang berkesan. Yang terbaharu sebuah bengkel reka bentuk telah siap dibina bagi menyediakan kemudahan fabrikasi dan prototaip untuk meningkatkan lagi mutu hasil kerja pelajar. Kemudahan-kemudahan tersebut terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu bengkel Reka Bentuk, studio Reka Bentuk, bengkel Teknologi Pembuatan, makmal Teknologi Pembuatan, makmal komputer, studio fotografi, galeri, bilik kuliah dan bilik tutorial.

Bengkel Reka Bentuk:

  1. Ruang Kerja Kayu
  2. Ruang Fabrikasi Logam
  3. Ruang Kerja Plastik
  4. Studio Reka Bentuk
  5. Bengkel Teknologi Pembuatan
  6. Makmal Teknologi Pembuatan
  7. Makmal Komputer
  8. Studio Fotografi
  9. Galeri
  10. Bilik kuliah dan tutorial


Fakulti mempunyai bengkel/makmal/studio asas bagi menjalankan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. Kemudahan di Fakulti adalah seperti berikut:

    Bengkel / Makmal / Studio
    Bengkel Pemesinan Am
    Makmal CAD
    Bengkel Fabrikasi
    Makmal CAM
    Bengkel Reka Bentuk
    Bilik Lukisan (Drafting Room)
    Makmal Metrologi
    Studio
    Makmal Kawalan Industri
    Galeri
    Makmal Elektronik
    Makmal Komputer
    Makmal Pengujian Bahan
    Studio Fotografi

 

Peralatan

Sejajar dengan perkembangan teknologi semasa dalam bidang pembuatan dan Reka Bentuk, makmal komputer dilengkapi dengan perisian reka bentuk terkini seperti Autodesk AutoCAD, Solidworks, 3ds Max, CATIA V5, Alias Automotive, Adobe Creative Suite untuk pembelajaran subjek-subjek Computer Aided Design dan Computer Aided Industrial Design. Makmal CAM pula dilengkapi dengan mesin-mesin kawalan komputer yang terkini iaitu CNC Milling dan CNC Lathe yang menggunakan perisian Vericut bagi pembelajaran subjek Advanced Machining.

Cetak E-mel