MINGGU MESRA SISWA 2023/2024

Minggu Mesra Siswa MMS 2023

 

Fakulti Reka Bentuk Inovatif dan Teknologi (FRIT) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah mengadakan Majlis Minggu Mesra Mahasiswa/I Baharu Sesi Akademik 2023/2024 Ijazah Sarjana Muda. 

 

Pelbagai program diadakan bersempena MMS seperti Program Plogging and Trash Challenge di Bukit Besar, Program Solidarity to Palestine, Program Mantech Nudge Day! 3.0, dan Kem Kepimpinan di Merang Setiu Terengganu. 

 

Tujuan program ini adalah untuk merapatkan hubungan antara staf dan juga pelajar baharu serta komuniti melalui penglibatan masyarakat sekitar melalui aktiviti yang dijalankan. Selain itu, program ini juga dapat menggalakkan penglibatan pelajar secara sukarela dalam membantu menambahbaikan persekitaran komuniti serta menanam sifat keprihatinan kepada sesama masyarakat. 


Di samping itu juga, program Solidirity to Palestine adalah bertujuan untuk menggalakkan perpaduan, simpati, perasaan hormat dan nilai-nilai kemanusiaan. Program-program ini dijayakan dengan kerjasama Dekan FRIT, Prof. Ts. Dr. Saiful Bahri bin Mohamed.