NEC 0710 - Engineering and Engineering Trades Not further Defined

NEC 0710 - Engineering and Engineering Trades Not further Defined

DOKTOR FALSAFAH (NEC 0710)

Objektif Pembelajaran Program (PEO)

Program Doktor Falsafah di Fakulti Reka Bentuk Inovatif dan Teknologi akan melahirkan graduan yang berupaya untuk:

No. Objektif Pembelajaran Program (PEO) PLO MQF
1 Merumuskan pengetahuan lanjutan yang ditemui melalui penyelidikan dalam bidang Kejuruteraan dan tred kejuruteraan tidak dijelaskan dengan lebih lanjut       

1,2,3

1, 2, 3a

2 Menggunakan kemahiran digital dan numerasi bagi menyelesaikan isu dalam bidang kejuruteraan dan kejuruteraan yang berkaitan menerusi penyelidikan.

7

3d, 3e

3 Mempamerkan nilai profesionalisme dan kebertanggungjawaban dalam menyampaikan idea kepada organisasi dan masyarakat..

4,5,6

3c,3f, 5

4 Mengintegrasi kemahiran personal, interpersonal dan keusahawanan serta berupaya meneroka keperluan pembelajaran sepanjang hayat dalam pembangunan profesional.

6,8

3b, 4a, 4b

Hasil Pembelajaran Program (PLO)

Setelah menamatkan program ini, pelajar berupaya untuk:

PLO 1 Menunjukkan pemahaman mendalam dan kritis mengenai pengetahuan terkini serta menghasilkan sumbangan besar dan asli dalam bidang kejuruteraan dan kejuruteraan yang berkaitan. (MQF1)
PLO 2 Mensintesis pengetahuan sedia ada dan baharu dalam bidang kejuruteraan dan kejuruteraan yang berkaitan untuk mengembangkan konsep, tafsiran atau aplikasi baharu. (MQF2)
PLO 3 Menjalankan penyelidikan menggunakan instrumen yang canggih dalam bidang kejuruteraan dan kejuruteraan yang berkaitan. (MQF3a)
PLO 4 Menjalankan penyelidikan dengan mematuhi undang-undang, etika, profesionalisme dan amalan lestari. (MQF5)
PLO 5 Menunjukkan kualiti kepemimpinan intelektual dan kemahiran pengurusan. (MQF3f)
PLO 6 Berkomunikasi (MQF3c) dan berinteraksi (MQF3b) secara meyakinkan dalam bidang kejuruteraan dan kejuruteraan yang berkaitan dengan pihak berkepakaran dan masyarakat umum.
PLO 7 Menggunakan teknik digital (MQF3d) dan kaedah numerasi (MQF3e) yang bersesuaian dalam penyelidikan yang dijalankan.
PLO 8 Menunjukkan komitmen terhadap pembelajaran sepanjang hayat dan pembangunan kendiri (MQF4a) serta berminda keusahawanan (MQF4b).

Syarat Kemasukan pelajar :

  1. Kemasukan Semester II Sesi 2015/2016 (Februari 2016) adalah berdasarkan Buku Panduan Pengajian Siswazah 2016.
    1. Ijazah Sarjana daripada universiti yang diiktiraf oleh Senat; atau
    2. Kelayakan lain yang setara dengan Ijazah Sarjana dan diiktiraf oleh Senat; atau
    3. Calon Sarjana yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda dengan CGPA 3.30 dan ke atas boleh memohon terus ke program Doktor Falsafah tertakluk kepada syarat-syarat pada Perkara 17(Rujuk Buku Panduan Pengajian Siswazah 2016).
    4. Calon Sarjana yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK 3.67 dan ke atas boleh memohon pertukaran ke program Doktor Falsafah tertakluk kepada syarat-syarat pada Perkara 18 (Rujuk Buku Panduan Pengajian Siswazah 2016).
  1. Kemasukan Semester I Sesi 2019/2020 (September 2019) dan seterusnya adalah berdasarkan Buku Panduan Pengajian Siswazah 2020.
    1. Ijazah Sarjana daripada universiti yang diiktiraf oleh Senat; atau
    2. Kelayakan lain yang setara dengan Ijazah Sarjana dan diiktiraf oleh Senat; atau
    3. Calon Sarjana yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda dengan CGPA 3.30 dan ke atas boleh memohon pertukaran ke program Doktor Falsafah tertakluk kepada syarat-syarat pada Perkara 19 (Rujuk Buku Panduan Pengajian Siswazah 2020).
    4. Calon Sarjana yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK 3.67 dan ke atas boleh memohon terus ke program Doktor Falsafah tertakluk kepada syarat-syarat pada Perkara 20 (Rujuk Buku Panduan Pengajian Siswazah 2020).

Keperluan Bahasa (Calon Antarabangsa):

  1. Kemasukan Semester II Sesi 2015/2016 (Februari 2016) adalah berdasarkan Perkara 2.3 Buku Panduan Pengajian Siswazah 2016.
  1. Kemasukan Semester I Sesi 2019/2020 (September 2019) dan seterusnya adalah berdasarkan Perkara 2.3, 2.4, 2.5 pada Buku Panduan Pengajian Siswazah 2020.