• Utama
  • Pascasiswazah
  • Program PHD
  • NEC 520 - Engineering and Engineering Trades (Broad Programme) (MQA/PA 10913)

NEC 520 - Engineering and Engineering Trades (Broad Programme)

DOKTOR FALSAFAH (NEC 520)
OBJEKTIF PEMBELAJARAN PROGRAM (PEO)
  

PEO1

Mengaplikasi pengetahuan lanjutan dan kemahiran praktikal secara kompeten dalam bidang kejuruteraan dan kejuruteraan yang berkaitan.
(MQF1,MQF2,MQF3a)

PEO2

Mengintegrasi kemahiran digital dan numerasi bagi menyelesaikan isu dalam bidang kejuruteraan dan kejuruteraan yang berkaitan menerusi penyelidikan.
(MQF3d, MQF3e)

PEO3

Mempraktik nilai profesionalisme dan kebertanggungjawaban dalam menyampaikan idea kepada organisasi dan masyarakat.
(MQF3c, MQF3f, MQF5)

PEO4

Mempamer kemahiran personal, interpersonal dan keusahawanan serta berupaya meneroka keperluan pembelajaran sepanjang hayat dalam pembangunan profesional.  (MQF3b, MQF4a, MQF4b)
 
DOKTOR FALSAFAH (NEC 520)
HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM (PLO)
 

PLO1

Menunjukkan pemahaman mendalam dan kritis mengenai pengetahuan terkini serta menghasilkan sumbangan besar dan asli dalam bidang kejuruteraan dan kejuruteraan yang berkaitan.(MQF1)

PLO2

Mensintesis pengetahuan sedia ada dan baharu dalam bidang kejuruteraan dan kejuruteraan yang berkaitan untuk mengembangkan konsep, tafsiran atau aplikasi baharu.(MQF2)

PLO3

Menjalankan penyelidikan menggunakan instrumen yang canggih dalam bidang kejuruteraan dan kejuruteraan yang berkaitan.(MQF3a)

PLO4

Menjalankan penyelidikan dengan mematuhi undang-undang, etika, profesionalisme dan amalan lestari.(MQF5)

PLO5

Menunjukkan kualiti kepemimpinan intelektual dan kemahiran pengurusan.(MQF3f)

PLO6

Berkomunikasi (MQF3c) dan berinteraksi (MQF3b) secara meyakinkan dalam bidang kejuruteraan dan kejuruteraan yang berkaitan dengan pihak berkepakaran dan masyarakat umum.

PLO7

Menggunakan teknik digital (MQF3d) dan kaedah numerasi (MQF3e) yang bersesuaian dalam penyelidikan yang dijalankan.

PLO8

Menunjukkan komitmen terhadap pembelajaran sepanjang hayat dan pembangunan kendiri (MQF4a) serta berminda keusahawanan (MQF4b).
 

SYARAT KEMASUKKAN BOLEH DIRUJUK DI SINI :

https://pps.unisza.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=30&Itemid=179&lang=english