NEC 0540 - MANUFACTURING AND PROCESSING (BROAD PROGRAM)

SARJANA (NEC 0540)
OBJEKTIF PEMBELAJARAN PROGRAM (PEO)
 
PEO1
Mempraktikkan pengetahuan lanjutan dan kemahiran praktikal secara efektif dan efisien dalam bidang pembuatan dan pemprosesan..(MQF1,MQF2,MQF3a)
PEO2
Menerapkan kemahiran digital dan numerasi bagi menyelesaikan isu dan memberikan idea yang bernas menerusi penyelidikan secara lanjutan dalam bidang pembuatan dan pemprosesan.(MQF3d, MQF3e)
PEO3
Mengaplikasikan nilai profesionalisme, etika dan tanggungjawab serta berkongsi hasil kajian dalam bidang pembuatan dan pemprosesan kepada organisasi dan masyarakat.(MQF3c, MQF3f, MQF5)
PEO4
Menzahirkan kemahiran personal, interpersonal dan minda keusahawanan yang tinggi serta berupaya meneroka keperluan pembelajaran sepanjang hayat dalam pembangunan profesional pada tahap lanjutan.(MQF3b, MQF4a, MQF4b)
 
 
SARJANA (NEC 0540)
HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM (PLO)
 

PLO1

Mempamer pengetahuan terkini dan kefahaman mendalam dalam bidang kejuruteraan dan kejuruteraan yang berkaitan. 

(MQF1)

PLO2

Mengaplikasi pengetahuan secara kritis, kreatif dan praktikal dalam bidang kejuruteraan dan kejuruteraan yang berkaitan untuk menyelesaikan masalah yang kompleks.

MQF2)

PLO3

Menjalankan penyelidikan menggunakan instrumen yang canggih dalam bidang kejuruteraan dan kejuruteraan yang berkaitan.  

(MQF3a)

PLO4

Menjalankan penyelidikan dengan mematuhi undang-undang, etika, profesionalisme dan amalan lestari.

(MQF5)

PLO5

Menunjukkan kualiti kepemimpinan intelektual dan kemahiran pengurusan.  (MQF3f)

PLO6

Berkomunikasi (MQF3c) dan berinteraksi (MQF3b) secara berkesan dalam bidang kejuruteraan dan kejuruteraan yang berkaitan dengan pihak berkepakaran dan masyarakat umum.

PLO7

Menggunakan teknik digital (MQF3d) dan kaedah numerasi (MQF3e) yang bersesuaian dalam penyelidikan yang dijalankan.

PLO8

Menunjukkan komitmen terhadap pembelajaran sepanjang hayat dan pembangunan kendiri (MQF4a) serta berminda keusahawanan (MQF4b).

 

SYARAT KEMASUKKAN BOLEH DIRUJUK DI SINI :

https://pps.unisza.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=30&Itemid=179&lang=english