• Utama
  • Prasiswazah
  • Ijazah Sarjana Muda Teknologi Polimer Dengan Kepujian (MQA/PA 14308)
  • PEO/PLO

PEO/PLO

OBJEKTIF PENDIDIKAN PROGRAM (PEO)

Dalam tempoh beberapa tahun selepas berjaya menamatkan program ini, graduan yang dihasilkan boleh:

PEO1 Graduan yang berpengetahuan teknologi dan berkemahiran praktikal dalam bidang teknologi polimer/plastik
PEO2 Graduan yang berfikiran kritis dalam menyelesaikan masalah secara glokal dengan tanggungjawab sosial, profesional dan beretika
PEO3 Menjadi pemimpin dan berkomunikasi secara berkesan dengan ahli pasukan daripada pelbagai disiplin ilmu
PEO4 Mampu menunjukkan kemahiran keusahawanan dan sentiasa meneroka keperluan pembelajaran sepanjang hayat dalam pengembangan profesional.

 

HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM (PLO)

Di akhir program, graduan mampu:

PLO1 Mengaplikasikan pengetahuan teknologi asas untuk tindak balas polimer, proses, pencirian, dan pembuatan dalam bidang teknologi polimer. (MQF1)
PLO2 Menunjukkan kemampuan berfikir dan menyelesaikan masalah berkaitan dalam bidang teknologi polimer. (MQF2)
PLO3 Mencadangkan dan menggunakan instrumen serta teknik yang sesuai untuk menyelesaikan masalah berkaitan dalam industri polimer. (MQF 3a)
PLO4 Mempamerkan kemahiran interpersonal yang berkesan dalam industri dan organisasi (MQF3b)
PLO5 Berkomunikasi secara berkesan dengan komuniti industri dan masyarakat umum (MQF3c)
PLO6 Menggunakan pelbagai aplikasi maklumat, media dan teknologi dalam menyokong pekerjaan dalam teknologi polimer (MQF3d)
PLO7 Menggunakan dan menggabungkan data berangka dan visual untuk menyelesaikan masalah berkaitan teknologi polimer (MQF3e)
PLO8 Berfungsi secara berkesan sebagai individu, ahli atau pemimpin dan bekerja dengan cekap dalam pelbagai pasukan teknikal (MQF3f)
PLO9 Mempamerkan kemahiran personal yang berkesan dalam industri dan organisasi (MQF4a)
PLO10 Mengintegrasi prinsip keusahawanan dan teknopreneurship dalam pengurusan perniagaan berkaitan polimer  (MQF4b)
PLO11 Mempamer pemahaman tentang etika profesional, tanggungjawab dan norma amalan teknologi polimer (MQF5)