• Prasiswazah
  • Diploma Teknologi Pembuatan
  • Pengenalan

Pengenalan

Pelajar-pelajar yang telah mendaftar untuk mengikuti program ini diwajibkan mengambil sebanyak 95 jam kredit sepanjang pengajian sepenuh masa selama 2 tahun setengah (5 semester). Pelajar-pelajar akan menjalani latihan industri di organisasi swasta/syarikat yang terpilih selama 8 minggu semasa cuti antara semester. Pelajar semester akhir dikehendaki menyedia dan menyiapkan satu projek akhir yang menggabungkan semua elemen yang telah mereka pelajari.

Objektif Program Pengajian :
 

  1. Menyediakan dan meningkatkan tenaga kerja separa profesional serta usahawan yang mempunyai pengetahuan serta kemahiran secara teori dan amali di dalam bidang teknologi.
  2. Mengeluarkan graduan yang kreatif dan inovatif yang berupaya mengoptimumkan penggunaan teknologi di dalam pembuatan produk, ciptaan dan inovasi.
  3. Menambahkan bilangan tenaga kerja separa profesional dalam bidang teknologi pembuatan untuk memenuhi keperluan negara.
  4. Menyediakan persekitaran yang kondusif untuk latihan serta memantapkan graduan dalam membuat penyelidikan dalam bidang berkaitan dengan cara yang lebih sistematik, objektif dan mampu membuat keputusan dengan tepat.
  5. Memupuk serta menekankan pembelajaran berselanjar kepada pelajar.

CetakE-mel