Pengenalan
Pelajar-pelajar yang telah mendaftar untuk mengikuti program ini diwajibkan mengambil sebanyak 90 jam kredit sepanjang pengajian sepenuh masa selama 2 tahun (4 semester panjang, 2 semester pendek). Pelajar-pelajar akan menjalani latihan industri di organisasi swasta/syarikat yang terpilih selama 9 minggu pada semester akhir (semester 6). Pelajar semester akhir dikehendaki menyediakan dan menyiapkan satu projek akhir yang menggabungkan semua elemen yang telah mereka pelajari.
Objektif Program Pengajian :
- Menyediakan dan meningkatkan tenaga kerja separa profesional serta usahawan yang mempunyai pengetahuan serta kemahiran secara teori dan amali di dalam bidang teknologi.
- Mengeluarkan graduan yang kreatif dan inovatif yang berupaya mengoptimumkan penggunaan teknologi di dalam pembuatan produk, ciptaan dan inovasi.
- Menambahkan bilangan tenaga kerja separa profesional dalam bidang teknologi pembuatan untuk memenuhi keperluan negara.
- Menyediakan persekitaran yang kondusif untuk latihan serta memantapkan graduan dalam membuat penyelidikan dalam bidang berkaitan dengan cara yang lebih sistematik, objektif dan mampu membuat keputusan dengan tepat.
- Memupuk serta menekankan pembelajaran berselanjar kepada pelajar.