• Utama
  • Prasiswazah
  • Ijazah Sarjana Muda Teknologi Polimer Dengan Kepujian
  • Pengenalan

Pengenalan

Program Sarjana Muda Teknologi Polimer Dengan Kepujian yang dibangunkan telah mendapat pengiktirafan dan akreditasi daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) pada 15 Disember 2020. Program ini akan ditawarkan pada sesi kemasukan Semester I 2021/2022 iaitu bermula Oktober 2021.

Program Sarjana Muda Teknologi Polimer Dengan Kepujian ini adalah merupakan pengajian 3 ½ tahun yang mengaplikasikan mod pengajian secara 2u2i. Mod pengajian ini membolehkan para pelajar merasai pengalaman belajar sambil bekerja selama 3 semester di bawah kelolaan Industrial Coach yang berpengalaman dari pelbagai latar belakang industri berkaitan polimer di bawah naungan Malaysian Plastic Manufacturer Association (MPMA).

Bidang pengkhususan teknologi polimer ini merangkumi teori dan praktikal yang akan memberi pendedahan berkenaan teknologi pemprosesan, pembuatan dan pengeluaran bahan polimer dan komposit. Dengan pendedahan kepada aplikasi perisian komputer berasaskan kejuruteraan, reka bentuk dan pembuatan, pelajar akan menguasai dan memahami teknik penghasilan reka bentuk produk dan analisis sifat-sifat polimer.