• Utama
  • Berita
  • Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara UniSZA dan RSA Academy Sdn Bhd.

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara UniSZA dan RSA Academy Sdn Bhd.

 

WhatsApp Image 2021 03 22 at 5.00.58 PM

Kuala Nerus : Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan RSA Academy Sdn. Bhd. telah diadakan pada 21 Mac 2021. Jalinan industri ini adalah bertujuan memberi peluang kepada warga fakulti terutamanya pensyarah, pegawai latihan vokasional dan pelajar untuk berkongsi kepakaran dan teknologi terkini serta menimba pengetahuan yang baharu daripada pihak organisasi luar dalam pelaksanaan program latihan kemahiran.

Naib Canselor UniSZA, YBhg. Profesor Dato' Dr. Hassan Basri bin Awang Mat Dahan berkata, kerjasama ini juga bakal menawarkan program latihan kemahiran profesional yang mendapat permintaan tinggi di kalangan industri bagi memenuhi permintaan pasaran guna tenaga profesional dalam dan luar negara. 

Di samping itu, kerjasama ini boleh menyokong langkah kerajaan meningkatkan produktiviti modal insan  melalui persijilan profesional dan kursus berkaitan industri. Ini termasuklah menyediakan tempat bagi latihan industri pelajar dan juga sangkutan industri kepada para pensyarah fakulti sekaligus diharapkan dapat membangunkan kompetensi pensyarah/pegawai latihan vokasional dalam bidang Non Destructive Testing (NDT) melalui program kemahiran yang dirancang secara bersama dan bersepadu.

Beliau juga berharap agar kolaborasi ini akan menyemarakkan perkongsian pintar dan kepakaran teknikal serta teknologi terkini di antara UniSZA dan RSA Academy Sdn. Bhd. serta merancakkan program penjanaan hasil fakulti dengan penglibatan industri dan pelajar. Sehubungan dengan itu, penerapan nilai keusahawanan kepada pelajar melalui kaedah pembelajaran secara tidak langsung dapat direalisasikan.

MoU ini telah ditandatangani oleh Profesor Dato' Dr. Hassan Basri bin Awang Mat Dahan bagi pihak UniSZA manakala RSA Academy Sdn Bhd telah diwakili oleh Tuan Haji Saharudin bin Kambari. Ia disaksikan oleh Pendaftar UniSZA, Encik Ismail bin Musa serta Pengarah Teknikal RSA Academy Sdn. Bhd, Encik Zulkifli bin Mohamed. Semoga program usahasama yang dirancang berjalan dengan lancar.