• Utama
  • Berita
  • UniSZA sumbang 'Face Shield' kepada IPK Terengganu.

UniSZA sumbang 'Face Shield' kepada IPK Terengganu.

covidpolis

 

UniSZA sumbang 'Face Shield' kepada IPK Terengganu.

I 9 April 2020 I I Khamis I

Majlis serahan 'face shield' oleh YBhg Prof. Dato' Naib Canselor UniSZA kepada Dato' Roslee Bin Chik, Ketua Polis Terengganu untuk digunakan oleh 'frontliners' polis ketika bertugas.

Dr Hassan Basri berkata, penyerahan set pelindung muka itu adalah khusus untuk diagihkan kepada petugas barisan hadapan sekitar Negeri Terengganu untuk menangani penularan wabak COVID-19.

“Pihak UniSZA telah mengambil inisiatif dengan menyumbang kepakaran untuk menyediakan produk inovasi untuk keperluan barisan hadapan dalam usaha bersama melandaikan jangkitan COVID-19” - Naib Canselor UniSZA, Prof Dato Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan. Sehingga kini lebih 2000 unit Face Shield telah dihasilkan dan diedarkan kepada pihak hospital dan petugas barisan hadapan.

Insiatif ini diusahakan oleh Pihak Fakulti Reka Bentuk Inovatif dan Teknologi(FRIT) bersama bebrapa jabatan lain di UniSZA dan sukarelawan SKUAD BANTU TERENGGANU.