• Utama
  • Berita
  • MAJLIS MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) dan BICARA INDUSTRI 2019

MAJLIS MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) dan BICARA INDUSTRI 2019

vc

 

MAJLIS MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) dan BICARA INDUSTRI 2019

Fakulti Reka Bentuk Inovatif dan Teknologi (FRIT) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan tiga buah syarikat iaitu iCreate Sdn. Bhd., Mextec Corporation (M) Sdn. Bhd. dan Sumai Engineering Sdn. Bhd. pada 20 November 2019 bertempat di Dewan Auditorium Perpustakaan UniSZA.

MoU ini bukan sahaja memenuhi keperluan Pelan Tindakan Akademik (PTA) fakulti, malah memberi peluang kepada warga fakulti seperti pensyarah dan pelajar untuk berkongsi kepakaran dan teknologi terkini dengan pihak industri.

Industri-industri yang dipilih ini juga merupakan industri yang telah lama menjalinkan kerjasama dengan pihak fakulti dengan menyediakan tempat latihan industri untuk para pelajar FRIT.

Dalam ‘Bicara Industri’, dua orang yang berpengalaman iaitu Adi Guru Norhaiza Nordin merupakan Tokoh Kraf Negara merangkap sebagai Profesor Adjung FRIT dan Teoh Jin Lian, iCreate Sdn. Bhd. telah berkongsi pengalaman dan ilmu mereka untuk dijadikan panduan oleh para pelajar.