• Utama
  • Prasiswazah
  • Diploma Teknologi Pembuatan
  • PEO/PLO

PEO/PLO DTP

DIPLOMA TEKNOLOGI PEMBUATAN

DIPLOMA IN MANUFCTURING TECHNOLOGY

OBJEKTIF PENDIDIKAN PROGRAM

Dalam tempoh beberapa tahun selepas berjaya menamatkan program ini, graduan yang dihasilkan:

PEO 1

Berkebolehan mengaplikasikan pengetahuan sains dan teknologi dalam menyelesaikan masalah terutamanya dalam bidang teknologi pembuatan melalui pengalaman praktikal dan kerja bengkel.

PEO 2

Menggunakan prinsip dan mematuhi etika dan tanggungjawab profesional mengikut amalan profesionalisma.
PEO 3 Berkebolehan untuk bekerjasama dalam pasukan dan berupaya memimpin dalam kumpulan yang pelbagai disiplin dengan berkesan dalam menyelesaikan masalah melalui kemahiran komunikasi.
PEO 4 Berkebolehan untuk terus mendalami dan mengejar   ilmu pengetahuan dalam laluan kerjaya mereka dengan menggunakan kemahiran dan prinsip-prinsip pengurusan maklumat untuk meneroka peluang perniagaan dalam industri berkaitan.

 

 

HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM

Di akhir program, graduan mampu:

PLO1: Menggunakan pengetahuan dalam bidang teknologi pembuatan.
PLO2: Menyediakan kemahiran teknikal termasuk teknologi komunikasi dan maklumat dalam bidang pembuatan.
PLO3: Menyerlahkan kesedaran akauntabiliti sosial.
PLO4: Menunjukkan tahap profesionalisme berlandaskan prinsip-prinsip sosial, etika dan undang-undang.
PLO5: Berkomunikasi secara berkesan dengan masyarakat dan mengamalkan amalan kerja berpasukan.
PLO6: Mempamerkan kemahiran kepimpinan.
PLO7: Menggunakan kemahiran pemikiran kritikal dalam menyelesaikan masalah.
PLO8: Menggunakan kemahiran dan prinsip-prinsip pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat.
PLO9: Menunjukkan kesedaran tentang pengurusan dan keusahawanan.