UNISZA RANGKUL 10 EMAS DI ITEX 2019

59087143 2232159867026267 8294210683327741952 n

KUALA NERUS – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) mencipta kejayaan cemerlang apabila merangkul 10 pingat Emas dan 2 pingat Perak di 30th International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX) 2019.

Lebih membanggakan, Dekan Fakulti Rekabentuk Inovatif dan Teknologi (FRIT), Prof Ts. Dr. Azizah Endut turut dianugerahkan ‘Best Women Inventor’ menerusi produk Quito: Mosquito Trap.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Prof Ir. Ts Dr. R Badlishah Ahmad, berkata  kemenangan tahun ini merupakan satu kejayaan yang cukup membanggakan dan syabas kepada para penyelidik yang terlibat di ITEX 2019.

"Alhamdulillah tahun ini UniSZA  menang kesemua 12 produk yang dipertandingkan iaitu 10 emas dan 2 perak. “InsyaAllah UniSZA akan berusaha untuk mengetengahkan produk-produk ini ke peringkat antarabangsa," katanya ketika ditemui. Beliau berharap agar UniSZA  terus menempa kejayaan di peringkat global dalam penyelidikan dan inovasi pada masa hadapan

ITEX yang berlangsung selama tiga hari bermula 2 hingga 4 Mei itu berlangsung di Kuala Lumpur Convention Center (KLCC). Bertemakan ‘Inventing for The Digital Era’, ITEX telah dirasmikan oleh Presiden Persatuan Rekaan dan Inovasi Malaysia (MINDS), Tan Sri Emeritus Profesor Dr. Augustine S. H. Ong.

Program yang memasuki tahun ke-30 ini adalah pertandingan inovasi bertaraf antarabangsa yang berjaya menarik lebih 1,000 penyertaan daripada 20 buah negara.