GEGAR STARS 1.0

DSC 5078

27 April 2019, Uptown Kontena, Terengganu - Gegar Starz 2.0 ini merupakan program dari kesinambungan Ide Gegar Stars 1.0 yang dilaksanakan bertujuan mencari bakat kreatif dari  kalangan pelajar UniSZA khususnya dari kalangan pelajar Falkuti Reka Bentuk Inovati dan Teknologi. Tema yang dipilih kali ini adalah ‘Strompers Music’. Untuk pengetahuan, ‘Stompers Music’ merupakan satu persembahan yang mengunakan bahan-bahan kitar semula untuk menghasilkan bunyi-bunyian yang menghasilkan muzik.

Program ini bertujuan untuk mencungkil bakat kreatif pelajar dalam seni muzik dan sekaligus dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara mereka. Dengan adanya program sebegini, ia dapat memberi impak kepada pelajar dari segi pengurusan masa dan organisasi secara umumnya. Secara khasnya program ini memberi impak kepada para pelajar untuk menonjolkan keberanian mereka untuk membuat persembahan di hadapan umum. Impak daripada program ini dapat meningkatkan keyakinan dan kemahiran disamping dapat menonjolkan bakat dan idea yang kreatif.

Program ini telah bermula pada 9.00 malam dan dirasmikan oleh Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar FRIT iaitu Dr. Haizal Binti Yaacob @ Ariffin. Sebanyak  5 kumpulan telah menyertai program ini yang terdiri daripada pelajar unisza pelbagai falkuti. Kumpulan ‘Captain tromp’ telah berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan ini walaubagaimana pun, peserta lain turut mendapat menangi sijil penyertaaan.

Ucapan penghargaan disampaikan kepada pihak Uptown Kontena dan Pusat Keseniaan Dan Warisan diatas kerjasama yang diberikan, serta jutaan terima kasih kepada penaja Dapo Mung, Thaisy zone,  dan Rumah Nami.