IdeVenture 1.0

IMG 20190405 WA0023 1

 

Gunung Berembun,5 April -  Seramai 30 orang ahli IdeC telah menyertai aktiviti IdeVenture 1.0 - Hiking @ Gunung Berembun. Akitiviti tersebut berlangsung di Gunung Berembum, Cameron Highland yang mempunyai  ketinggiannya 1840m.  Objektif utama aktiviti ini adalah untuk kecergasan diri sambil menghargai alam semulajadi. Selain daripada aktiviti mendaki gunung, kami juga turut membersihkan kawasan laluan pendakian sehingga ke puncak gunung  . Seterusya, kami juga turut sempat meluangkan sedikit masa bersama komuniti orang asal,sambil kami turut menghulurkan sedikit bantuan kepada mereka. Kunjungan kami juga disambut dengan begitu baik. Sebenarya, program ini bukan sahaja program mendaki gunung semata-mata, malah ia merupakan program kemasyarakatan dimana program ini juga mampu menanam nilai- nilai murni dalam diri setiap peserta. Kesimpulannya, kami berharap program ini akan diteruskan pada masa akan datang.