Singgah Seni V

 

 DSC2150

 

 

“TIADA USAHA YANG TIADA HASIL”

Program Singgah Seni merupakan satu program tahunan yang dianjurkan oleh para pelajar dari Pengajian Reka Bentuk. Tahun ini muncul Singgah Seni V setelah program Singgah Seni sebelum ini berjaya dan mendapat sambutan yang mengalakkan. Singgah Seni V merupakan satu program untuk mempamerkan hasil kerja pelajar Pengajian Reka Bentuk. Singgah Seni V ini melibatkan hasil kerja pelajar dari Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk Perindustrian semester 1 dan semester 3 serta pelajar dari Diploma Reka Bentuk Perindustrian semester 2. Karya seni mereka terhasil daripada matapelajaran yang diambil iaitu Photography, Drawing dan Drawing Technique. Matapelajaran tersebut dibawah kendalian Prof. Madya. Dr. Abdullah Sani Bin Kamaluddin yang merupakan Pensyarah di Fakulti Reka Bentuk Inovatif dan Teknologi (FRIT).

Menurut Muhammad Sadid Bin Mohd Othman selaku pengarah Singgah Seni V, kerjasama dari semua pihak termasuk pihak Perpustakaan UniSZA yang telah menyediakan tempat untuk Singgah Seni amat baik. Singgah Seni V telah dirasmikan oleh Dr. Imran Bin Abdullah selaku Ketua Pusat Pengajian Reka Bentuk bagi Fakulti Reka Bentuk Inovatif dan Teknologi, UniSZA.

Untuk makluman, program ini akan berlangsung selama 5 hari iaitu dari 23 Disember 2018 hingga 28 Disember 2018.

 

download pdf file : https://tinyurl.com/ya7kcdel