• Prasiswazah
  • Diploma Reka Bentuk Perindustrian
  • Pengenalan

Pengenalan

Pelajar-pelajar yang telah mendaftar untuk mengikuti program ini diwajibkan mengambil sebanyak 96 jam kredit sepanjang pengajian sepenuh masa selama 2 tahun setengah (5 semester). Mereka akan menjalani latihan industri di organisasi swasta/syarikat yang terpilih selama 8 minggu semasa cuti antara semester. Untuk latihan industri pelajar akan didedahkan kepada proses merekabentuk barangan sehingga kepada penghasilan prototaip. Kaedah pengajian dan pembelajaran adalah merangkumi perkuliahan, kerja kursus dan juga peperiksaan. Para pelajar akan dinilai secara menyeluruh melalui ketiga-tiga elemen tersebut. Sebahagian daripada matapelajaran akan dinilai secara berterusan bermula dari awal semester sehingga ke penilaian akhir semester.

Objektif Program Pengajian :-

  1. Mengeluarkan graduan dalam bidang Reka Bentuk Perindustrian yang akan membantu membangunkan kemahiran personal dan profesional serta keupayaan kognitif yang perlu untuk kerjaya yang dipilih.
  2. Menyediakan peluang untuk memudahkan pembangunan pengetahuan pemikiran seni reka, membina pertimbangan yang kukuh, kritikal dan pemahaman kontekstual bersesuaian dengan amalan profesional.
  3. Mengeluarkan graduan yang kreatif dan inovatif yang berupaya mengoptimumkan penggunaan teknologi di dalam reka bentuk produk, ciptaan dan inovasi.
  4. Melengkapkan graduan dengan kemahiran kritikal, analitikal dan kreatif bagi menghadapi cabaran dunia yang pesat berubah.
  5. Menyediakan persekitaran yang kondusif untuk latihan serta memantapkan graduan dalam membuat penyelidikan dalam bidang berkaitan dengan cara yang lebih sistematik, objektif dan mampu membuat keputusan dengan tepat.

CetakE-mel