Kunjungan Pengerusi LPU ke FRIT

6

Gong Badak : Satu lawatan Muhibbah telah dilakukan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah ( LPU ) Universiti Sultan Zainal Abidin ( UniSZA ) YBhg. Brig. Jen. Datuk Prof. Emeritus Dr. Kamarudin bin Hussin ke Fakulti Reka Bentuk Inovatif dan Teknologi ( FRIT ) pada 1 Februari 2018. Rombongan  disambut dan dibawa ke bilik mesyuarat oleh Dekan FRIT, Prof. Dr. Azizah Endut dan Pengurusan fakulti, serta semua staf FRIT. Turut serta dalam rombongan tersebut, Pendaftar ,  En. Ismail Ahmad dan pegawai pegawai kanan pejabat pendaftar UniSZA. Lawatan diadakan bertujuan menyambung silaturrahim , melihat prasarana dan keperluan sumber pengajaran & pembelajaran dan sumber manusia untuk dijadikan pemangkin kepada pembangunan dan kemajuan FRIT. YBhg. Pengerusi LPU turut bergambar kenangan dengan juara pertandingan Disrupt-IT Challenge ‘Innovate - Transform’ yang membawa pulang hadiah RM 15,000.00 dan juga business best model sebanyak RM 2,500.00  pada 28 Januari 2018 yang lalu. Rombongan dibawa meninjau sekitar pejabat FRIT dan melihat hasil seni pelajar Reka Bentuk Perindustrian dan Kejuruteraan Pembuatan.