SINGGAH SENI FRIT 4.0

 

SS22

Kuala Nerus : Fakulti Reka Bentuk Inovatif dan Teknologi (FRIT) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah berjaya mengadakan satu program yang dikenali sebagai ‘Singgah Seni’ pada 21-26 Disember 2017, bertempat di Foyer Perpustakaan UniSZA, Kampus Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu.

Program ini merupakan satu bentuk pameran kesenian pelajar FRIT dalam subjek  lukisan  dan fotografi, anjuran Pusat Pengajian Reka Bentuk Perindustrian FRIT dengan kerjasama Industry Design Club (IDEC) FRIT.

Objektif program ini ialah untuk mempamerkan hasil kerja dan kreativiti seni pelajar kepada masyarakat kampus, dan pelajar sekolah yang berhampiran. Komuniti setempat dijemput untuk meraikan pameran tersebut yang merupakan acara tahunan FRIT dalam merintis dan memartabatkan nilai seni tanah air tercinta. Buat pertama kali pelajar semester tiga juga didedahkan dengan  teknik merakam gambar pengiklanan menggunakan kemudahan dan teknik studio fotografi FRIT..

Seramai 50 orang pelajar semester satu program Ijazah Sarjana Muda Rekabentuk Perindustrian terlibat mempamerkan hasil lukisan mereka, manakala seramai 49 orang pelajar semester tiga pula terlibat mempamerkan gambar gambar yang dirakam di sekitar Bandar Hilir Melaka,mengikut subjek fotografi yang telah ditetapkan oleh pensyarah yang terlibat. Bagi program Diploma pula, seramai 41 orang pelajar berjaya mempamerkan hasil lukisan mereka. Program ini diselaraskan oleh Prof. Madya Dr.Abdullah Sani Kamaluddin.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Dekan Akademik dan Siswazah, Dr., Siti Maryam Sharun. Turut hadir, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Dr. Roslan Awang, Ketua Pusat Pengajian Reka Bentuk Perindustrian Dr. Imran Abdullah, Penyelaras Data dan Latihan Industri, Sheikh Ahmad Tajuddin Sheikh Yusoff, Pensyarah FRIT, Pengarah program Singgah Seni dan siswa siswi yang terlibat. Mewakili Perpustakaan UniSZA, Cik Nurul Bazilah Wahab manakala Mohd Safuwan Amir Saidi mewakili Pusat Komunikasi Korporat UniSZA.