TRIP TO MALACCA HERITAGE CITY

melaka1

KualaNerus: Seramai 49 orang pelajar semester3, Ijazah Sarjana Muda Rekabentuk Perindustrian (FRIT) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah berjaya menyelesaikan aktiviti rakaman gambar untuk subjek fotografi di Bandar Hilir, Melaka Bandaraya Bersejarah pada 23-25 November 2017 yang baru lalu.

Program ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada pelajar teknik penggunaan kamera melibatkan pemilihan sudut (angle), artistic, kemahiran memfokus dan merakam sesuatu sudut menarik  yang banyak terdapat disitu berasaskan teori yang diajar dalam kelas. Penekanan diberikan kepada pelajar supaya lebih berkeyakinan ketika membuat sesuatu rakaman berdasarkan  Perspektif, Rule of Thirds, Balance, Framing, Close Up, Micro, Lighting, Colour, Background and Forground. Pelbagai teknik didedahkan kepada pelajar pelajar termasuklah teknik Panning dan rakaman gambar sensasi.

Pelajar pelajar telah dibahagikan kepada 10 kumpulan dan masing masing mengikuti arahan yang diberikan kepada mereka untuk ke lokasi terpilih di Bandaraya bersejarah yang diiktiraf oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhana Bangsa Bangsa Bersatu (UNESCO). Kembara ini diketuai oleh Pensyarah FRIT, Prof.Madya. Dr. Abdullah Sani Kamaluddin dan dibantu oleh kakitangan Studio Fotografi FRIT.

Harapan agar pelajar pelajar ini dapat memahami dan menguasai teknik fotogarafi sebenar semasa berada dalam industri, pekerjaan serta bekerja sendiri suatu masa nanti.