PERJUMPAAN BERSAMA PELAJAR BAHARU KEMASUKAN IJAZAH SARJANA MUDA FRIT

 

mesra3

 

Kuala Nerus - Fakulti Reka Bentuk Inovatif dan Teknologi (FRIT) telah mengadakan satu perjumpaan bersama pelajar baharu pada 9 September 2017 di Dewan Auditorium, Perpustakaan, Kampus Gong Badak. Perjumpaan tersebut telah disempurnakan dengan kehadiran Dekan, FRIT iaitu YBrs. Prof. Dr. Azizah bt. Endut yang telah menyampaikan amanat dan hasrat beliau bagi melahirkan graduan FRIT yang berjaya kelak. FRIT menerima seramai 73 orang pelajar baharu yang terdiri daripada 47 orang di bawah Program Reka Bentuk Perindustrian dan 26 orang di bawah Program Teknologi Pembuatan. 

Perjumpaan tersebut turut disertakan sesi taklimat oleh Pengurusan FRIT yang terdiri daripada Timbalan Dekan (HEPA), Timbalan Dekan (Akademik dan Siswazah) dan Ketua Pusat Pengajian bagi kedua-dua program. Program ini merupakan acara wajib yang diadakan pada setiap sesi kemasukan bagi memperkenalkan dan memberi pendedahan awal kepada pelajar baharu mengenai fakulti secara umumnya dan program-program yang terdapat di fakulti. Selain itu juga, pelajar turut dimaklumkan mengenai arahan-arahan dan prosedur yang terpakai di fakulti.

Melalui amanat Dekan, FRIT, beliau turut menyatakan ciri-ciri untuk menjadi pelajar yang berjaya iaitu antaranya, tidak meninggalkan solat, menghargai masa, berdisiplin, menghormati antara satu sama lain, sentiasa mencari ilmu dan pandai mengambil peluang. Ini kerana, FRIT bukan sahaja ini melahirkan pelajar yang hanya berjaya dalam bidang akademik, tetapi ingin melahirkan pelajar yang holistik dan berketrampilan.

Sumber berita ; Nur Shuhada

Gambar : Mohd Sebri.