• Utama
  • Berita
  • BENGKEL SEMAKAN SILIBUS DAN PENSTRUKTURAN SEMULA PROGRAM PENGAJIAN FRIT

BENGKEL SEMAKAN SILIBUS DAN PENSTRUKTURAN SEMULA PROGRAM PENGAJIAN FRIT

FRIT6

 

Kuala Nerus :  Fakulti Reka Bentuk Inovatif dan Teknologi (FRIT) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah berjaya mengadakan satu bengkel khusus untuk menyemak silibus dan penstrukturan semula program diploma dan Ijazah pada 4 dan  5 September 2017 yang lalu di Bilik Mesyuarat FRIT, Kampus UniSZA Gong Badak.

Seramai 10 orang peserta terdiri daripada pensyarah jabatan reka bentuk perindustrian FRIT terlibat dalam bengkel tersebut yang dijalankan selama dua hari. Bengkel ini diadakan bertujuan untuk penambahbaikan hasil pembelajaran, kandungan kursus, kaedah pengajaran dan  penilaian, serta melihat semula struktur program selaras dengan pertumbuhan dan perkembangan pesat teknologi semasa dalam mencapai transformasi nasional (TN 50).

Dua orang panel diundang khas untuk mengendalikan bengkel tersebut. Mereka  ia lah, Penyelaras Putra Design Nucleus, Fakulti Rekabentuk dan Seni Bina, Universiti Putra Malaysia, Tuan Hj Azali Abd Rahim dan Pensyarah kanan dari Universiti Teknologi Mara ( UITM ) Kampus Machang Kelantan, Prof. Madya Dr. Marzuki Ibrahim, merupakan pakar yang berpengalaman luas dalam industri reka bentuk negara.

Manakala Puan Aida Othman mewakili Pusat Kualiti Akademik & E-Pembelajaran UniSZA  turut serta memantau dan menyelaras bengkel.  Perasmian bengkel telah disempurnakan oleh Dekan FRIT,  Prof.  Dr. Azizah bt Endut.

Pengisian kandungan program serta hasil pembelajaran diubah dan disusun agar program yang ditawarkan lebih mantap dan setara dengan pengajian yang ditawarkan oleh kebanyakan universiti dan memenuhi keperluan industri yang semakin berkembang pesat di  negara kita.

Sumber Berita / Gambar :  Mohd Sebri Bilal Endut  (FRIT)