• Berita
  • TIGA KALI DI PERSADA ANTARABANGSA

TIGA KALI DI PERSADA ANTARABANGSA

 

ASANI3

Kuala Nerus : Pensyarah Fakulti Reka bentuk Inovatif dan Teknologi (FRIT) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Profesor Madya Dr.  Abdullah Sani Kamaluddin telah berjaya mengadakan pameran solo ketiganya pada 17 hingga 19 Julai 2017 di Universiti Trisakti,  Jakarta Indonesia.

Bertemakan  “Rumah Tradisional Terengganu, Kelantan dan Catan Kontemporari Rustic Art”, sebanyak  30 lukisan menggunakan media akrilik dan cat air dapat dipamerkan. Ini adalah kali ketiga diperingkat antarabangsa selepas beliau membuat pameran di Universiti Yala Rajabhat Thailand pada tahun lepas dan satu pameran mini di University of London sewaktu beliau membentang kertas kerja pada tahun 2013.

Perasmian pameran telah di sempurnakan oleh Timbalan Rektor Prof. Ir.Hj. Asri Nugrahanti MS, PhD diiringi bersama oleh Dekan Fakultas Seni Rupa dan Desain Dr. Ganal Rudiyanto, M.Hum Universitas Trisakti.

Pihak Trisakti mengucapkan tahniah dan setinggi  terima kasih kepada UniSZA kerana ini lah pertama kali Universitas Trisakti menerima pameran solo dari luar negara.  Beliau juga berharap agar aktiviti-aktiviti seumpama ini dapat diadakan dari masa kesemasa supaya kerjasama antara UniSZA dan Universiti Trisakti dapat diteruskan dari masa kesemasa. 

CetakE-mel