PRODUK FRIT UNTUK ANAK ISTIMEWA RAMADAN

dlan

Kuala Nerus : Satu majlis ringkas penyerahan dua buah produk rekaan pelajar teknologi pembuatan Fakulti Reka Bentuk Inovatif dan Teknologi (FRIT) Universiti Sultan Zainal Abidin(UniSZA) telah diadakan pada 21 Jun 2017 bertempat di Pusat Dalam Komuniti (PDK) GONG Badak.

Tujuan utama adalah untuk membantu anak-anak istimewa menjalani kehidupan harian dan meningkatkan ransangan otot-otot mereka.Inisiatif ini diambil setelah mendapat maklum balas yang diberikan oleh guru di PDK dan keluarga pelatih. Mereka menzahirkan rasa bersyukur dan amat gembira kerana produk ini sedikit sebanyak dapat membantu menguruskan keperluan harian mereka.

Dua buah produk tersebut adalah Sit Rep Chair dan Reflexology Chair Desk. Produk ini adalah antara enam buah produk yang telah dihasilkan oleh pelajar semester empat Ijazah Sarjana Muda Teknologi Pembuatan (Reka Bentuk Produk) melalui mata pelajaran Pembangunan Reka Bentuk Produk (MTM 24504). Seramai dua belas orang pelajar telah memilih untuk membangunkan produk khusus kepada anak-anak istimewa di PDK Batu Rakit, Gong Badak dan Seberang Takir. Empat buah produk lagi akan diserahkan setelah menjalani proses penambahbaikan.

Majlis penyerahan ini telah disempurnakan oleh Dr.Roslan Awang Pensyarah FRIT yang mengendalikan mata pelajaran tersebut.

Harapan mereka agar usaha murni ini dapat diteruskan dan dikembangkan lagi kepada PDK di seluruh negeri Terengganu. Justeru, bagi merealisasikan hasrat ini, satu jawatan kuasa akan ditubuhkan di FRIT untuk menjadikan pembangunan produk khusus kepada anak-anak istimewa di PDK dapat dijayakan. Amanah dan tanggungjawab yang akan dilaksanakan ini amat sesuai dengan slogan UniSZA sebagai sebuah universiti komuniti.

Berita ; Dr.Roslan Awang.

Gambar : Mohd Sebri Endut.