ISLAMIC CONCEPT SEMPENA EXCEED 2017 FRIT

exceed17

Kuala Nerus: Fakulti Reka bentuk Inovatif & Teknologi (FRIT), Universiti Sultan ZainaI Abidin (UniSZA) telah menganjurkan satu pameran, Industrial Design Diploma Show (EXCEED) 2017 pada 22 hingga  23 Mei 2017 bertempat di  Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu(PPAT).

Program anjuran Persatuan Mahasiswa FRIT dengan kerjasama Kelab Reka bentuk Industri (IdeC) adalah untuk memperkenalkan dan mempromosikan hasil kerja pelajar tahun akhir, Diploma Reka bentuk Perindustrian, kepada pelajar sekolah dan masyarakat luar kampus. Dengan mengenengahkan Islamic Concept dan produk orang kelainan upaya (OKU), tiga kategori rekaan dipamerkan seperti perabut, automotif, dan produk pengguna. Sebanyak 62 produk melibatkan 31 orang pelajar dapat dipamerkan.

Di samping itu, EXCEED  juga bertujuan bagi menarik minat para pelajar sekolah yang bakal melanjutkan pelajaran ke univesiti bagi mengambil kursus reka bentuk perindustrian secara lebih mendalam dan seterusnya memilih melanjutkan pelajaran ke Universiti Sultan Zainal Abidin.

Perasmiannya disempurnakan oleh Penyelaras data dan latihan Industri, Ybhg. Sheikh Ahmad Tajuddin Sh.Yusof, mewakili dekan FRIT.Turut hadir, Timbalan Dekan HEPA FRIT, Dr.Imran Abdullah, Pensyarah, Staf,Pelajar FRIT dan Guru  sekolah yang terlibat.

Kesimpulannya program ini dapat melatih bakal graduan UniSZA mahir berkomunikasi dengan masyarakat kampus, memupuk semangat berpasukan dan mengaplikasi nilai nilai murni semasa mengendalikan sesuatu program kearah alam pekerjaan sebenar nanti.