PASARKAN PRODUK FRIT

drlan

Kuala Nerus : Seramai 34 pelajar Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan semester 4 manakala 24 pelajar Diploma Teknologi Pembuatan semester 3 Fakulti Reka Bentuk Inovatif dan Teknologi (FRIT) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)telah berjaya  mengadakan sesi penilaian produk masing masing pada 9 Mei 2017 yang baru lalu bertempat di Auditorium Perpustakaan  UniSZA.

Penilaian dibuat berdasarkan keperluan membangunkan produk bagi memenuhi amali subjek pembangunan dan reka bentuk produk (MTP 24504) dan (MTM 12703).Sebanyak 24 produk berjaya dihasilkan mengikut kategori keperluan rumah, pertanian, keperluan orang kelainan upaya (OKU) dan pemprosesan makanan. Penilaian ini diselaraskan oleh Dr. Roslan Awang, pensyarah Jabatan Teknologi Pembuatan FRIT.

Para penilai terdiri daripada Encik Fekeri Bidin dan Encik Mohd Zol Ismail dari Pusat Giat Mara Batu Rakit manakala Encik Mansor Abd Rahman dari Institut Perguruan Kampus Dato Razali Ismail, Kuala Terengganu. Tiga buah produk menarik minat mereka dan berpendapat ianya boleh dipasarkan. Produk tersebut ialah push brush cutter,standing frame & padlock reminder.

Tahniah diucapkan kepada pelajar yang berjaya. Semoga usaha ini dapat meningkatkan lagi kreativiti pelajar bagi meningkatkan inovasi di masa hadapan.