• Berita
  • BENGKEL SENI VISUAL FRIT

BENGKEL SENI VISUAL FRIT

fritsek5

Kuala Nerus : Sebanyak  empat buah sekolah  melibatkan seramai 38 orang pelajar sijil tinggi pelajaran, sekolah menengah daerah Marang Terengganu telah berjaya menghadirkan diri dalam sesi pembengkelan yang diadakan pada 3 April 2017 bertempat  di Fakulti Reka Bentuk Inovatif dan Teknologi (FRIT) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA,kampus Gong Badak.

Bengkel ini dianjurkan oleh pejabat pendidikan daerah Marang bertujuan untuk memberi pendedahan awal dan pengenalan terhadap kursus rekabentuk dan pengolahan idea kepada pelajar pelajar pelajar mereka. Sekolah terbabit ialah SMK Tun Telanai, SMK Tun Lela Segara, SMK Bukit Sawa dan SMK Padang Midin.

Dua orang staf FRIT terlibat secara langsung sebagai fasilitator dan dibantu oleh pelajar program diploma reka bentuk perindustrian disepanjang bengkel dijalankan. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti  sesi ceramah, melawat studio dan demostrasi pembuatan produk di bengkel.

Perasmian penutup dan penyampaian cenderahati disempurnakan oleh Dekan FRIT, Dr. Siti Maryam Sharun. Turut hadir Ketua Pusat Pengajian Reka Bentuk Firoz @ Mohd Firoz bin Ahmat Basri ,wakil Pegawai Pendidikan Daerah  Pn. Rosnani Chik serta guru guru pengiring.

Bersama sama lah kita mendaulatkan ilmu dan suburilah ia semasa  dari kecil dan pastikan dengan ilmu juga kita dapat membina agama, bangsa dan tanah air tercinta.

CetakE-mel