• Berita
  • PROGRAM PERTUKARAN PELAJAR UNISZA DENGAN UNIVERSITAS TRISAKTI

PROGRAM PERTUKARAN PELAJAR UNISZA DENGAN UNIVERSITAS TRISAKTI

INDON 1

Kuala Nerus :  Fakulti Reka Bentuk Inovatif dan Teknologi (FRIT), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah menerima kunjungan deligasi dari Universitas Trisakati  Indonesia yang diketuai oleh Dekan Fakulti Seni Rupa dan Desain, Bapak Dr. Ganal Rudiyanto, pada 3 April 2017 bertempat di FRIT UniSZA Kampus Gong Badak.

Tujuan lawatan tersebut adalah untuk  membincangkan persefahaman bagi mewujudkan perkongsian pintar antara kedua-dua fakulti, melibatkan program pertukaran pelajar, pensyarah tamu, penyelidikan, seminar, penulisan journal ilmiah, penulisan dan penerbitan buku, pameran, bengkel dan melatih pensyarah antara kedua universiti. Program ini sangat bertepatan dengan usaha penambahbaikan ilmu diperingkat pengantarabangsaan kepada pensyarah dan pelajar Unisza.

Dalam rangka kunjungan tersebut, Bapak Dr. Ganal Rudiyanto dan pensyarah kanan Fakulti Seni Rupa dan Desain Universitas Trisakati  telah berbincang dengan panjang lebar dengan  Dekan FRIT Dr.Siti Maryam Sharun. Turut serta dalam perbincangan  tersebut ialah Timbalan Dekan (HEPA) Dr. Imran Abdullah dan pensyarah pensyarah kanan FRIT.

Deligasi dibawa melawat ke galeri dan bengkel FRIT. Rombongan juga turut melakukan kunjungan hormat dan berdailog dengan  Naib Canselor UniSZA, Prof. Dato’Dr. Ahmad Zubaidi sebelum berlepas pulang.

Semuga apa yang dibincang, dapat diterjemahkan dan digunapakai dalam usaha penerokaan ilmu yang semakin mencabar dan menuntut kita berkerjasama secara menyeluruh terutama dengan masyarakat serumpun dan mempunyai persamaan budaya.

CetakE-mel