BENGKEL EFFECTIVE PRACTICE IN POSTGRADUATE SUPERVISION

AKMAL 4

Kuala Nerus : Seramai 23 orang staf  akademik Fakulti Reka bentuk Inovatif & Teknologi (FRIT) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah berjaya menamatkan bengkel  yang bertajuk "Effective Practice in Postgraduate Supervision" yang dianjurkan oleh (FRIT) pada  14 Mac 2017 di Dewan Seminar Seni, Pusat Kesenian dan Warisan UniSZA, Kampus Gong Badak. Turut serta dalam bengkel  pada kali ini ialah dua orang staf dari Fakulti Sains Kesihatan, dua  orang dari Fakulti Undang Undang & Hubungan Antarabangsa dan dua orang dari Fakulti Kontemporari Islam. Objektif bengkel ini  ialah untuk berkongsi pandangan tentang pendekatan terbaik dan strategi penyeliaan pelajar siswazah. Mengenalpasti kelemahan dan kekurangan dalam penyeliaan berdasarkan pengalaman sebagai penyelia dan pelajar. Penstrukturan dan merangka tugas/strategi untuk proses penyeliaan dan membincangkan isu isu berbangkit berkaitan penyeliaan pelajar siswazah. Fokus utama bengkel ini adalah untuk memantapkan lagi aspek “Research Methology” dan “Supervision Skills” terhadap pensyarah yang terlibat dalam penyeliaan pelajar siswazah. Untuk tujuan tersebut seorang penceramah khas dari Universiti Malaya,  Prof. Madya Dr. Norhayati Soin diundang sebagai fasilitator dalam bengkel yang diadakan tersebut. Perasmian dan ucapan aluan disempurnakan oleh Timbalan Dekan ( Akademik dan Siswazah ) mewakili Dekan FRIT, Dr. Martini Muhamad. Hadir sama Timbalan Dekan ( HEPA ) Dr. Imran Abdullah dan Timbalan Dekan ( Penyelidikan dan Inovasi ) Prof. Madya Dr. Javeed Shaikh Mohammed.