• Utama
  • Prasiswazah
  • Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk Perindustrian dengan Kepujian
  • Pengenalan

Pengenalan

FRIT menawarkan program Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk Perindustrian dengan Kepujian selaras dengan kehendak pasaran yang memerlukan tenaga ataupun pakar dalam bidang Reka Bentuk untuk memenuhi sektor awam dan swasta.

Purata jangkamasa program ini ialah tiga setengah tahun (7 semester) untuk melengkapkan 123 jam kredit. Kaedah pengajian dan pembelajaran adalah merangkumi perkuliahan, kerja kursus dan juga peperiksaan. Mereka akan menjalani latihan industri di organisasi swasta/syarikat yang terpilih selama 12 minggu semasa cuti antara semester. Untuk latihan industri pelajar akan didedahkan kepada proses merekabentuk barangan sehingga kepada penghasilan prototaip.Para pelajar akan dinilai secara menyeluruh melalui ketiga-tiga elemen tersebut. Sebahagian daripada matapelajaran akan dinilai secara berterusan bermula dari awal semester sehingga ke penilaian akhir semester.

Pelajar semester akhir dikehendaki menyediakan dan menyiapkan projek akhir sebanyak 6 kredit dan penilaian akhir dilakukan oleh penilai luar yang profesional daripada industri dan para akademik daripada IPTA lain.

Objektif Program Pengajian :

  1. Mengeluarkan graduan dalam bidang Reka Bentuk Perindustrian yang akan membantu membangunkan kemahiran personal dan profesional serta keupayaan kognitif yang perlu untuk kerjaya yang dipilih.
  2. Menyediakan peluang untuk memudahkan pembangunan pengetahuan pemikiran senireka, membina pertimbangan yang kukuh, kritikal dan pemahaman kontekstual bersesuaian dengan amalan profesional.
  3. Meningkatkan pertumbuhan jurureka serta usahawan bumiputera yang mempunyai pengetahuan serta kemahiran secara teori dan praktikal di dalam teknologi dan Reka Bentuk Perindustrian yang akan mengamalkan kemahiran mereka sejajar dengan falsafah dan objektif universiti.
  4. Mengeluarkan graduan yang kreatif dan inovatif yang berupaya mengoptimumkan penggunaan teknologi di dalam reka bentuk produk, ciptaan dan inovasi.
  5. Melengkapkan graduan dengan kemahiran kritikal, analitikal dan kreatif bagi menghadapi cabaran dunia yang pesat berubah.
  6. Menyediakan persekitaran yang kondusif untuk latihan serta memantapkan graduan dalam membuat penyelidikan dalam bidang berkaitan dengan cara yang lebih sistematik, objektif dan mampu membuat keputusan dengan tepat.
  7. Melengkapkan graduan dengan strategi penyelidikan dan pembelajaran kendiri untuk pembangunan akademik dan profesional yang berterusan.