TERPEGUN LIHAT HASIL SENI PELAJAR

TNCAA 4

Kuala Nerus : Fakulti Reka bentuk Inovatif dan Teknologi (FRIT) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah mengadakan satu pameran dan penjualan hasil seni pada 2 Mac 2017 yang baru lalu, bertempat di Dewan Perdana UniSZA.

Tujuan utama diadakan adalah untuk  memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar program Ijazah Sarjana Muda Reka bentuk Perindustrian bagaimana mengurus sesuatu aktiviti yang melibatkan masyarakat kampus dan orang ramai terhadap hasil kerja seni mereka. Rendering pula  merupakan satu bentuk lakaran menjadi tiga dimensi dan menerang kan bentuk sesuatu objek melalui warna yang digunakan.

Diantara pengunjung yang datang menyaksikan pameran ini ialah deligasi Timbalan Timbalan Naib Canselor/Rektor(Akademik & Antarabangsa) Universiti Awam, bersempena mesyuarat  jawatankuasa kali ke 53 tahun 2017 dimana UniSZA selaku tuan rumah. Deligasi diketuai oleh Timbalan Naib Canselor(Akademik & Antarabangsa) UniSZA, Prof. Dr. Mahadzirah Mohamad.

Turut hadir,termasuklah  Pendaftar UniSZA  Prof Madya Nordin Jusoh, Dekan FRIT Dr.Siti Maryam Sharun, Timbalan Dekan, Pengarah Pusat dan Unit, Pensyarah FRIT, Kakitangan FRIT,  pihak Pengurusan/Penyelenggaraan serta para pelajar yang terlibat dalam menjayakan pameran ini.