ANUGERAH DEKAN DAN KECEMERLANGAN STAFF FRIT 2016

 

AD 2017 6

Kuala Nerus : Seramai 121 orang pelajar program Ijazah Sarjana Muda Rekabentuk Perindustrian dan Teknologi Pembuatan  serta Program Diploma masing masing telah disenaraikan sebagai penerima Anugerah Dekan dalam majlis Anugerah Dekan dan kecemerlangan Staff, Fakulti Rekabentuk Inovatif & Teknologi (FRIT) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) pada 9 Februari 2017 di Dewan Perdana UniSZA Kampus Gong Badak.

Majlis tersebut diadakan bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada pelajar pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan ko- kurikulum,serta kepada staff yang cemerlang dalam perkhidmatan.

Seramai 121 orang pelajar telah dinobatkan sebagai penerima anugerah pada kali ini melibatkan 81 pelajar ijazah reka bentuk perindustrian dan 29 orang pelajar ijazah teknologi pembuatan. Tujuh orang pelajar program diploma reka bentuk perindustrian dan empat orang pelajar program diploma teknologi pembuatan terpilih sebagai penerima anugerah sebagaimana syarat yang ditetapkan.

Manakala anugerah kecemerlangan staff pula telah diberikan kepada pensyarah program Teknologi Pembuatan, Puan Rozimah Yusof. Staff teknikal dan pentadbiran diberikan kepada Pereka, Mohd Hosni Rifin,(Pemenang Pingat Emas di Seoul International Invention Fair (SIIF) 2016 di Korea Selatan) dan Pembantu Tadbir, Mohamad Farhan Che Anuar. Penghargaan juga diberikan kepada Prof Sulaiman Mohd Salleh diatas jasa dan sumbangannya dalam pengurusan dan pengajaran & pembelajaran di fakulti sepanjang perkhidmatan beliau yang berakhir pada 16 Februari 2017 ini.

Perasmian majlis dan penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh Dekan FRIT, Dr. Siti Maryam Sharun. Turut hadir pada majlis tersebut,Timbalan Dekan (Penyelidikan & Pembangunan)Prof. Madya Dr. Javeed Shaikh Mohammed, Timbalan Dekan (HEPA) Dr.Imran Abdullah, Ketua Pusat Pengajian Teknologi Pembuatan, Nur Haizal Mat Yaakob, Penyelaras Data dan Latihan Industri,Y.M.Sheikh Ahmad Tajuddin Sh. Yusoff, Pensyarah kanan,Pensyarah dan Kakitangan FRIT.