PAMERAN RENDERING ( RENDTECH 2.0 )

R 1

 

Kuala Nerus : Fakulti Rekabentuk Inovatif dan Teknologi (FRIT) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah menganjurkan satu pameran yang dikenali sebagai  Rendering Technique 2.0  pada 1 – 28 Februari 2017 di Foyer Perpustakaan UniSZA, Kampus Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu.

Objektif program ini ialah mempamerkan hasil karya rendering mahasiswa semester tiga, selain mempromosikan hasil dan bakat kepada masyarakat kampus, pelajar sekolah dan orang awam. Program ini merupakan satu pameran kesenian mahasiswa FRIT bagi subjek Rendering Technique melibatkan pelajar program Ijazah Rekabentuk Perindustrian, semester empat. Subjek ini mengajar pelajar untuk membuat sesuatu lakaran menjadi tiga dimensi dan menerangkan bentuk sesuatu objek melalui warna yang digunakan. Program ini diselaraskan oleh Prof. Sulaiman Salleh.

Seramai 51 pelajar Ijazah Rekabentuk Perindustrian semester empat terlibat dalam pameran hasil rendering berdasarkan subjek yang ditetapkan oleh pensyarah dan pemilihan produk masing- masing. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Prof. Madya Dr.Nik Wan Omar.

Turut hadir, Timbalan Dekan (HEPA) Dr. Imran Abdullah mewakili Dekan FRIT, Timbalan Dekan (Penyelidikan dan inovasi) Prof. Madya Dr. Javeed Shaikh Mohammed, Ketua Pusat Pengajian Rekabentuk Perindustrian, En.Firoz @ Mohd Firoz Ahmat Basri, Pensyarah Pensyarah Kanan, Pensyarah Pensyarah FRIT, Ketua Pustakawan, Puan Rohani Othman, Ajk Pameran serta Kakitangan dan pelajar yang terlibat.

Semuga pameran ini menjadi legasi kepada pelajar FRIT kerana setiap ilmu yang dipelajari akan dapat diterjemahkan dalam setiap rekaan kita untuk kegunaan masyarakat umum suatu ketika nanti.

Berita dan Gambar: Mohd Sebri Endut FRIT.