SINGGAH SENI FRIT 3.0

SS 7

Kuala Nerus:  Fakulti Rekabentuk Inovatif dan Teknologi (FRIT) Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) telah berjaya mengadakan satu program yang dikenali sebagai ‘Singgah Seni’ pada 17-19 Disember 2016, bertempat di Foyer Perpustakaan UNISZA, Kampus Gong Badak, Kuala Terengganu.

Program ini merupakan satu bentuk pameran kesenian pelajar FRIT dalam subjek  lukisan  dan fotografi, anjuran Pusat Pengajian Rekabentuk Perindustrian FRIT dengan kerjasama Industry Design Club (IDEC) FRIT. Objektif program ini ialah untuk mempamerkan hasil kerja dan kreativiti seni pelajar kepada masyarakat kampus, masyarakat sekitar dan pelajar sekolah yang berminat.

Seramai 50 orang pelajar semester 1 program Ijazah Sarjana Muda Rekabentuk Perindustrian terlibat mempamerkan hasil lukisan mereka, manakala seramai 51 orang pelajar semester 3 pula terlibat mempamerkan gambar gambar yang dirakam di Pulau Pinang  mengikut subjek fotografi yang telah ditetapkan oleh Pensyarah yang terlibat.Bagi program Diploma pula, seramai 41 orang pelajar berjaya mempamerkan hasil lukisan mereka.Program ini diselaraskan oleh Prof. Madya Dr.Abdullah Sani Kamaluddin.

Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Dekan FRIT, Dr. Siti Maryam Sharun. Turut hadir, Timbalan Dekan(HEPA) Dr. Imran Abdullah, Ketua Pusat Pengajian Teknologi Pembuatan Pn. Nur Haiza Mat Yaakob@Ariffin,Pensyarah pensyarah, Pengarah Program Singgah Seni dan siswa siswi yang terlibat. Program ini merupakan  acara tahunan FRIT dalam merintis dan memartabatkan nilai seni tanah air tercinta.