• Utama
  • Berita
  • FRIT julang nama di Seoul International Invention Fair 2016

FRIT julang nama di Seoul International Invention Fair 2016

SIIF 

Seoul: Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah meraih kejayaan di Seoul International Invention Fair (SIIF) 2016 di Korea Selatan baru-baru ini. Pertandingan telah berlangsung pada 1 Desember hingga 4 Desember 2016 di dewan COEX, Convention and Exhibition center.  Unisza telah membawa pulang satu pingat emas dari produk protorch (visibility safety gear) yang direka oleh En. Mohd hosni Bin Rifin dari FRIT, dua pingat perak dari produk MorElla: a Potential Natural Feed Supplement For Fish Larvae kajian daripada Prof. Madya Dr. Azizah Endut (ESERI), iVER- Intelligent Unmanned Aerial Vehicle For Emergency Respone kajian daripada Dr. Azrul Amri Jamal (FIK). Manakala tiga pingat gangsa berjaya dibawa pulang adalah produk MacroLYTE penyelidiknya adalah Dr. Ho Lee Hoon (FBIM), Structural Analysis Of 3-Axis CNC Miling Machine kajian daripada En. Zammeri bin Abd Rahman (FRIT) serta iBoat: Intelligent Autonomous Boat for Water Sampling juga dari kajian Dr. Azrul Amri Jamal.

Turut serta bersama-sama kontijen UniSZA ke Seoul Korea Selatan adalah pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan, Inovasi & Pengkomersilan (RIMC) Prof. Madya Dr. Saiful Bahri bin Mohamed.

Dengan penyertaan UniSZA di pertandingan inovasi tersebut, boleh dijadikan pemangkin semangat kepada seluruh warga UniSZA serta melonjakkan nama UniSZA di peringkat antarabangsa. Harapan selepas ini lebih ramai warga UniSZA terlibat dengan aktiviti inovasi di masa akan datang serta mengharumkan nama UniSZA.