FRIT NIKON FEST

N FEST 1

 

Kuala Nerus : Fakulti Reka Bentuk Inovatif dan Teknologi (FRIT) Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) dengan kerjasama Nikon Malaysia telah berjaya mengadakan satu program yang dikenali sebagai Nikon Fest pada 7-8 Oktober 2016, bertempat di Gimnasium Unisza.

Seramai 173 peserta terdiri daripada warga pelajar Unisza terlibat dalam program tersebut yang mejoritinya pelajar semester 3 yang terlibat dalam subjek fotografi program Ijazah Sarjana Muda Rekabentuk. Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan awal penggunaan kamera, cara pengendalian dengan betul ketika sesuatu aktiviti dirakam dan penjagaannya. Program ini dikendalikan oleh Mr.Alex Moh dari Kuala Lumpur.

Selain dari syarahan mengenai fotografi, pelbagai aktiviti diadakan termasuklah Photo Challenge. Penilaian dibuat berdasarkan beberapa pendekatan dari sudut Perspective, Creative dan Movement. Pelbagai hadiah disediakan oleh Nikon Malaysia untuk peserta yang berjaya dalam setiap aktiviti yang dijalankan.

Perasmian penutup dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Prof. Madya Noordin Asimi Mohd Noor, Pensyarah Kanan FRIT. Hadir sama Pensyarah FRIT Prof. Madya Dr.Abdullah Sani Kamaluddin, Penasihat Kelab Rekabentuk, En.Mohd Hosni Arifin, Presiden Kelab Rekabentuk  dan Ahli Jawatankuasa serta pesrta terlibat.

Dengan penglibatan mereka ini diharap agar ilmu yang diperolehi dimafaatkan untuk pembelajaran dan sedikit sebanyak dapat membantu mereka ketika berada di alam pekerjaan setelah tamat pengajian nanti.