MERAIKAN PELAJAR BAHARU FRIT

PEL BARU 1

Kuala Nerus - Fakulti Reka Bentuk dan Inovatif (FRIT) telah

mengadakan Majlis Bersama Fakulti dan Pelajar Baharu Kemasukan Diploma dan

Ijazah Sesi 2016/17. Majlis telah diadakan pada 4 September 2016 bertempat

di Dewan Auditorium, Blok Akademik, UniSZA Kampus Gong Badak. Majlis

diserikan dengan kehadiran YBrs. Dr. Siti Maryam binti Sharun, Dekan FRIT

dan barisan Pengurusan serta pensyarah-pensyarah fakulti.

Majlis tersebut diadakan bagi tujuan sesi berkenalan dengan

pelajar-pelajar baru serta memberi penerangan berkenaan dengan fakulti.

Selain itu juga, pelajar turut dimaklumkan berkenaan dengan program yang

ditawarkan, penglibatan aktiviti di dalam dan juga di luar kampus dan juga

peraturan-peraturan yang terpakai di fakulti.

Nor Shuhada bt Mat Sani

Penolong Pendaftar

Fakulti Reka Bentuk dan Inovatif (FRIT)

Universiti Sultan Zainal Abidin

Kampus Gong Badak

09-668 8446