Kolokium Pascasiswazah 2016

 

KOL 1

Kuala Nerus : Fakulti Reka Bentuk dan Inovatif (FRIT) Universiti

Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah mengadakan Kolokium Pascasiswazah Kali

Ke-2/2016 pada 24 - 25 Ogos 2016 bertempat di Bilik Mesyuarat, FSTK.

Seramai 17 orang pelajar yang terlibat terdiri daripada 14 orang pelajar

peringkat Master dan 3 orang pelajar peringkat Ph.D

Kolokium ini bertujuan untuk menilai sejauh mana perkembangan terkini

penyelidikan para pelajar. Selain itu juga, para pelajar dikehendaki

membuat pembentangan berkenaan penyelidikan yang sedang dijalankan.

Kolokium ini merupakan program wajib fakulti bagi memastikan penyelidikan

para pelajar berjalan dengan baik. Turut hadir ke program tersebut Dekan,

FSTK dan barisan pengurusan fakulti.

--

Nor Shuhada bt Mat Sani

Penolong Pendaftar

Fakulti Reka Bentuk dan Inovatif (FRIT)

Universiti Sultan Zainal Abidin

Kampus Gong Badak

09-668 8446