TEMU MESRA RAMADHAN

MM 1

Kuala Nerus : Fakulti Seni Reka dan Teknologi Kreatif (FSTK) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah berjaya mengadakan satu program bersama pelajar baru semester 1 sesi 2016/2017 pada hari Isnin 20 Jun 2016 bersamaan 15 Ramadhan 1437 bertempat di Foyer Pentadbiran FSTK.

Program ini dikenali dengan Temu Mesra Ramadhan diadakan bertujuan untuk beramah mesra, mengenali antara satu sama lain dan menyampaikan maklumat menyeluruh peranan FSTK kepada pelajar baharu serta peranan sebagai pelajar ketika berada dalam kampus UniSZA. Taklimat disampaikan oleh Dekan FSTK Dr. Siti Maryam Sharun dan Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar Dr. Imran Abdullah.

Manakala taklimat akademik untuk program Reka Bentuk Perindustrian pula disampaikan oleh Ketua Pusat Pengajian Reka Bentuk Perindustrian, En Firoz@Fairuz Ahmat Basri  dan program Teknologi Pembuatan oleh Ketua Pusat Pengajian Teknologi Pembuatan, Pn. Nur Haizal Mat Yaakob. Sementara menuggu masuknya waktu berbuka puasa, aktiviti kerohanian seperti bacaan Yassin beramai ramai dan tazkirah turut disediakan pihak FSTK yang telah disampaikan oleh pensyarah FSTK, En. Soran Jalal. Turut hadir pensyarah kanan, pensyarah dan kakitangan pentadbiran FSTK serta keluarga masing masing.

Semuga apa yang diucapkan dalam sesi taklimat ini mendapat syafaat bersempena Ramadhan yang mulia ini dan dijadikan contoh serta panduan kepada pelajar pelajar baharu FSTK dalam penerokaan mencari ilmu untuk segulung Diploma yang menjadi harapan oleh kedua ibu bapa pelajar semua.