UniSZA RANGKUL KEMENANGAN

 P5250086 1

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) berjaya merangkul dua kemenangan tempat pertama daripada tiga kategori yang telah dipertandingan dalam Pertandingan Rekabentuk Syiling Peringatan anjuran Bank Negara Malaysia. Kategori pertama dimenangi oleh Muhammad Fikri bin Abd Aziz bagi kategori Syiling Peringatan 50 tahun Yayasan Sabah. Manakala kategori Syiling Peringatan 100 tahun Pandu Puteri Malaysia dimenangi oleh Mohammad Haniff bin Halim. Kedua-dua pelajar yang merupakan pelajar Tahun 2 dari Fakulti Senireka & Teknologi Kreatif telah dianugerahkan sijil penghargaan dari Bank Negara Malaysia yang telah disampaikan oleh Timbalan Gabenor pada 25 Mei lepas di bangunan HQ Bank Negara Malaysia. Masing-masing mendapat saguhati bernilai wang ringgit berjumlah RM10 000 setiap seorang bagi menghargai kerja keras yang dihasilkan oleh mereka. Kesemua syiling yang terpilih akan di keluarkan oleh Bank Negara Malaysia untuk dijual bersempena dengan majlis peringatan 50 tahun Yayasan Sabah dan 100 tahun Pandu Puteri Malaysia.