PAMERAN KARYAWAN FSTK

NAIB CANSELOR LAWAT PAMERAN KARYAWAN FSTK

catan 2

Kuala Nerus : Pensyarah Fakulti Seni Reka dan Teknologi Kreatif (FSTK) Universiti Sultan Zainal Abidin ( UNISZA ) Prof. Madya Dr.Abdullah Sani Kamaluddin, telah berjaya mengadakan satu pameran secara solo selama tiga minggu yang berakhir pada 15 Mei 2016 yang baru lalu bertempat di Atrium, Perpustakaan UNISZA.

Beliau telah berjaya mengadakan pelbagai pameran semenjak tahun 1997 hingga kini. Anugerah paling berprestij yang beliau terima ialah Phillip Morris Group of Companies Malaysia/Asean Art Awards 1997.

Pameran Catan Rumah Tradisional Terakhir Terengganu dan Kelantan yang diadakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar khasnya dan masyarakat kampus amnya betapa hebatnya arkitek seperti datok moyang kita yang berjaya menghasilkan senibina yang unik, menarik dan bemutu tinggi, daripada kediaman orang melayu yang pada asasnya merupakan sebuah pondok.

Catan merupakan hasil seni bahantara warna pada permukaan yang rata seperti bahan legap seperti kanvas. Catan biasanya dihasilkan dalam bentuk dua dimensi sahaja. Bahan warna yang biasa digunakan untuk menghasilkannya ialah cat air, cat minyak, poster colour atau akrilik. Bahan pewarna dari tumbuh-tumbuhan pula seperti   kunyit, pinang, inai, senduduk juga boleh digunakan menghasilkan catan.  Selain dari pewarna dan berus, peralatan dan bahan-bahan lain yang menghasilkan catan bahan lain juga dibenarkan jika ia boleh memberi  kesan yang menarik dan menyeronokkan.

Mutakhir ini masyarakat melayu tidak lagi rasa sensitif dan terikat dengan adat resam dan budaya yang dilalui oleh masyarakat terdahulu. Seni bina warisan bangsa yang dahulu menjadi kemegahan kita, kini diganti dengan seni bina dan rekabentuk asing yang tidak menggambarkan tamadun dan keindahan senibina budaya melayu. Melihat dari sudut psikologi,rumah tradisional mempunyai rasa aman, harmoni dan dapat memberi ketenangan jiwa kepada pemiliknya.

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Naib Canselor UNISZA, Y.Bhg. Profesor Dato’ Dr.Ahmad Zubaidi Abdul Latif. Hadir sama Bendahari UNISZA, Prof. Madya Pn Ariza Ibrahim, Dekan FSTK, Dr. Siti Maryam Sharun, Prof. Dr. Ramli Abdullah, Timbalan timbalan Dekan FSTK, Ketua ketua Pusat Pengajian, Pensyarah pensyarah, Kakitangan, pelajar FSTK serta Pengarah, pegawai dan kakitangan Perpustakaan UNISZA.

Harapan agar kita semua perlu sedar bahawa, seni warisan yang tidak ternilai itu perlu diselamatkan dan menjadi harapan kita, pihak pihak tertentu seharusnya berperanan lebih pro aktif secara serius dan bertanggungjawab untuk memartabatkan usaha tersebut.