PEREKA MUDA FSTK

AD 1

Kuala Nerus: Pelajar Program Sarjana Muda Reka Bentuk Perindustrian semester 7 tahun 2015, Ruzie Hasnira Abdullah telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Terbaik Fakulti bersempena majlis Anugerah Dekan, Fakulti Senireka dan Teknologi Kreatif (FSTK) yang diadakan pada 24 April 2016, bertempat di Dewan Auditorium Bangunan Akademik Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Kampus Gong Badak.

Anugerah terbaik Program Sarjana Muda Reka Bentuk Perindustrian telah disandang oleh Syakirin Hafizin Mohamad, manakala Program Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Reka Bentuk Produk) disandang oleh Siti Naimah Solehah Mohd Idris. Untuk anugerah terbaik program Diploma Reka Bentuk Perindustrian dan Diploma Teknologi Pembuatan masing masing disandang oleh Chang Hann Jian dan Nur Asriza Syahira Musa Asri.

Seramai 108 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Rekabentuk Perindustrian dan Teknologi Pembuatan  serta Diploma yang  telah disenaraikan sebagai penerima Anugerah Dekan pada kali ini.

Perasmian majlis dan penyampaian anugerah berupa sijil telah disempurnakan oleh Dekan FSTK,Dr. Siti Maryam Sharun. Turut hadir, Timbalan Dekan (Penyelidikan & Siswazah) Prof. Madya Dr. Javeed Shaikh Mohammed, Timbalan Dekan HEPA, Dr.Imran Abdullah, Ketua Pusat Pengajian Teknologi Kejuruteraan, Nur Haizal Mat Yaakob, Ketua Pusat Rekabentuk, En. Firoz @ Ahmat Firoz Mohd Basri, pensyarah pensyarah kanan, pensyarah dan kakitangan FSTK.

Semoga hari esok menjanjikan masa depan yang lebih cerah dan kita harap kesemua pelajar cemerlang ini akan terus berjaya. Kepada pelajar yang lain, ingatlah bahawa perjalanan hidup masih jauh. Setiap kejayaan bermula daripada langkah pertama. Jangan lupa khidmat dan usaha daripada pensyarah  pensyarah.  Oleh itu, hayatilah setiap detik perjalanan ini dengan semangat yang jitu, penuhkan dada dengan iltizam yang tinggi dan tingkatkan usaha kerana hari esok tidak menjanjikan kejayaan tanpa usaha.