• Utama
  • Berita
  • Festival of Innovation and Entrepreneurship (FINE) 1.0

Festival of Innovation and Entrepreneurship (FINE) 1.0

Fine 10

 

Persatuan Mahasiswa Fakulti Reka Bentuk Inovatif dan Teknologi (FRIT) dengan kerjasama Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Industrial Design Club (IdeC) dan Manufacturing Technology Club (Mantech Club) telah menganjurkan satu Festival of Innovation and Entrepreneurship (FINE) 1.0 selama tiga hari bermula pada 08 sehingga 10 Januari 2024 (Isnin - Rabu) bertempat di pekarangan Pejabat FRIT, UniSZA.

 

Program ini diadakan bertujuan untuk membudayakan aktiviti keusahawanan dan mendedahkan pelajar kepada peluang serta bimbingan perniagaan kepada pelajar dengan harapan agar mahasiswa/mahasiswi berjaya mencipta peluang pekerjaan khususnya dalam bidang keusahawanan setelah tamat belajar kelak. Selain itu, dapat meningkatkan tahap kemahiran personal dan interpersonal di kalangan mahasiswa/mahasiswi serta melahirkan mahasiswa/mahasiswi yang berkaliber dalam menguruskan sesuatu program.

 

FINE 1.0 telah melibatkan mahasiswa dan mahasiswi UniSZA, orang awam serta peniaga daripada luar. Selain daripada booth jualan, tayang perdana juga diadakan bagi memvariasikan lagi program berkenaan. Secara keseluruhannya, program ini telah berjalan dengan jayanya dan memberi impak yang baik kepada semua pihak terutamanya universiti.