• Utama
  • Berita
  • Photography Exhibition - Exploration of Knowledge PEEK) 2023/2024

Photography Exhibition - Exploration of Knowledge PEEK) 2023/2024

PEEK

 

KUALA TERENGGANU 16 Januari - Mahasiswa/i Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Fakulti Sains Kesihatan (FSK) dan Fakulti Rekabentuk Inovatif dan Teknologi (FRIT) menjalankan Pameran Akademik, Photography Exhibition : Exploration of Knowledge

(PE : EK) 2023/2024 yang melibatkan 117 mahasiswa/i.

 

Pameran Akademik ini merupakan penilaian akhir bagi subjek Photography dengan kod subjek DPI00203 bagi mahasiswa/i FSK dan DPD00103 bagi mahasiswa/i FRIT dan para mahasiswa/i berkongsi hasil pembelajaran tentang fotografi sepanjang semester. Selain itu, program ini dapat memberi pendedahan awal kepada para pelajar sebelum mengharungi alam pekerjaan kelak. Ia dijayakan dengan kerjasama Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UniSZA, Prof. Dr. Zuhairah Ariff binti Abd Ghadas sebagai perasmi.

 

Penyelaras subjek, Dr. Engku Aiesyah Amirah binti Engku Md Azmi dan En. Ahmad Zafir bin Zamani telah menetapkan tema Calories and Sugar Content in Daily Foods bagi mahasiswa/i FSK iaitu Ijazah Sarjana Muda Sains Pemakanan (Kepujian) dan Ijazah Sarjana Muda Dietetik (Kepujian) dan Local Wisdom bagi mahasiswa/i FRIT iaitu Diploma Reka Bentuk Perindustrian.

 

Pameran Akademik ini bertepatan dengan struktur pembelajaran Mahasiswa/i Sains Pemakanan dan Dietetik yang memberi pendidikan dan kesedaran terhadap komuniti agar lebih cakna dengan pemakanan punca masalah kesihatan yang harus dielak dengan nilai tambah seni fotografi yang dipelajari. Tidak lupa juga dengan Mahasiswa/i Reka Bentuk Perindustrian yang menerapkan kesenian dan asas pembinaan bangunan. Program sebegini memberi manfaat kepada semua mahasiswa/i yang terlibat sebagai pendedahan awal sebelum mengharungi alam pekerjaan kelak.