• Utama
  • Berita
  • MAJLIS PELAPORAN DAN APRESIASI PELAN TINDAKAN AKADEMIK (PTA) 2023

MAJLIS PELAPORAN DAN APRESIASI PELAN TINDAKAN AKADEMIK (PTA) 2023

Majlis Pelaporan Dan Apresiasi Pelan Tindakan Akademik PTA 2023

 

Majlis ini telah berlangsung pada 31 Disember 2023, Ahad bertempat di Dewan Perdana, UniSZA anjuran Pusat Pengurusan Kecemerlangan & Inovasi Akademik. Majlis telah dirasmikan oleh Prof. Dr. Zuhairah Ariff binti Abd. Ghadas, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) diiringi Pengarah Pusat Pengurusan Kecemerlangan dan Inovasi Akademik, Prof. Madya Ts. Dr. Syadiah Nor binti Wan Shamsuddin. Majlis berlangsung dengan jayanya dan wakil-wakil pusat tanggungjawab telah menerima laporan dan apresiasi bagi pelaksanaan Pelan Tindakan Akademik (PTA) sepanjang 2023 dimana Fakulti Reka Bentuk Inovatif dan Teknologi telah diwakili oleh Dekan, Prof. Ts. Dr. Saiful Bahri bin Mohamed. Pihak UniSZA mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga UniSZA yang giat menjayakan agenda PTA 2023.